Saturday 7 September 2013

APA PUN TAK BOLEH !

Assalamualaikum,

Isy, hari ni, aku geram betul. Ingatkan semua yang aku plan akan berjalan dengan lancar, tapi rupanya. Satu hapak pun tak jadi !  Benarlah kata orang, kita hanya merancang, tetapi Allah SWT yang menentukan...

Semuanya bermula pada pagi yang indah nan damai, burung2 berkicauan penuh riang. Dan, aku, masih terbaring atas katil walaupun dah masuk pukul 6.05 pagi ! Nasib baik mak aku bangunkan aku. Kalau tidak, mesti aku tak bangun punya.

Then, dengan penuh rasa kesal,aku bangun lepas tu mandi. Lepas dah mandi tu, aku siap-siap lah nak pergi sekolah. Aku biasanya tunggu bas pukul 6.35 pagi. Hah, lepas tu aku tunggulah di tempat biasa. Aku sorang2 je sebab kawan aku ramai yang tak pergi sekolah. Well, hari sabtu kan? Mestilah ramai yang tak nak pergi.

Tapi, aku ada sorang kawan aku ni. Dia pun pergi sekolah jugak. So, aku gi lah knock, knock rumah dia. Last2, kami tunggu bas sama-sama. Tunggu punyalah tunggu, abang bas tetap tak sampai2 jugak. Aku dengan Cana(kawan) decide nak tunggu lagi 10 minit. Then, dah pukul 7.35 pagi !

Aku dah baran dah waktu tu. Cana lagilah, habis dikutuknya abang bas. Tapi, memang patut pun dia kena. Mana taknya, abang bas tu dahlah pemalas ! Waktu kita orang suruh dia hantar dan ambil kita orang pada hari sabtu sebab ada sekolah ganti, dia cakap dia ada hal. Hantar je boleh. Punya lah kita orang merayu, dia tetap taknak. Aku tahu itu semua alasan dia je. Selalu macam tu, asalkan suruh hantar je, mesti ada hal. Entah betul ke tidak, aku pun taktau.

Lepas tu, aku dengan Cana setujulah. Kita orang berpakat pergi naik bas, balik naik mak aku. Aku sebenarnya liat sikit nak suruh mak aku ambil. Yalah, perkara yang aku paling tak suka, orang berleter. So, aku fikir dua tiga kali dulu, baru aku beritahu mak aku. Nasib baik mak aku tak berleter panjang. Seriously, nasib baik gila. Kalau tidak, panjang je mak aku membebel. Tapi, marah itu tanda sayang kan?

Then, berbalik kepada cerita asal, aku dah bengang. Cana dah mengamuk. Kita orang last2 decide nak ronda2 naik motor untuk tenangkan fikiran. Kita orang balik rumah jap, tukar baju dan vroom ! Well, kan pagi? Mestilah udara fresh ! Lepas dah ronda, kita org balik rumah masing2.

Aku dah relieve sikit. Tapi, otak aku masih kusut ! Sebenarnya, aku dah janji nak pergi sekolah hari ni. Lepas tu, Aishah nak tumpang rumah aku jap sebab kita org nk gi majlis pertunangan kakak kawan aku ni, Rabyah. Aku fikir, Aishah mesti tengah marah gila. Kalau aku explain, mesti dia kata aku bagi alasan je. Oh my, aku dah naik gila waktu tu.

Aku call Aishah, tapi tak dapat. Dia off telefon dia kut. Aku kata kat diri aku, takpe ! Pergi je majlis tu, kalau Aishah ada, minta maaf kat dia ! Tiba-tiba, mak aku kata tak payah pergi majlis tunang tu. Mak aku cakap, bertunang je pun. Kalau kahwin, baru pergi. Aku dah macam,  WHAT THE?!

So, aku dah banyak buat salah. Aku dah lukakan hati kawan aku. Aku tak patut berjanji dengan dorang.Hisy....

Itu je, Assalamualaikum. :(

Friday 6 September 2013

SEKOLAH GANTI !

Assalamualaikum,

Aduh ! Esok hari sabtu, hari cuti yang dinanti-nantikan oleh semua orang penduduk di Malaysia. Ketika hari sabtu menghampiri, alunan lagu Beethoven sudah mulai kedengaran di telinga. Kaki-kaki yang penat, ingin cepat-cepat diletakkan atas bantal yang empuk ! Tapi, malang bagi sesetengah orang yang kena bekerja dan bersekolah pada hari tu. Macam aku !

Memang malang. Sekolah aku ada buat sekolah ganti esok. Dan, memandangkan aku form 3, aku wajib datang sebab sekolah aku nak buat lonjakan saujana? What the...

Tapi, tak apalah. Sebenarnya, seriously aku malas nak datang. Tapi, atas desakan para guru dan rakan-rakan yang dihormati, aku gagahkan jua diriku yang tidak berdaya ni ! Oh, syahdunya !

Esok dah lah ada kenduri tunang kakak kawan aku. Aduhai, mesti aku penat nanti ! Aishah pun satu, tapi aku tak salahkan dia 100%. Tapi, ah... susah nak cerita. Okaylah, sampai sini je. Aku nak teman kakak aku jumpa kawan dia. Lappy kakak aku kena virus. Isy, isy, kesian..

Okayy, tata. Assalamualaikum !

Aku Masih Baru ^_^

Assalamualaikum,

Nama penuh : Dayang Jaslyn Sofyia bt Abang Zainal Abidin.
Hobi : Baca manga dan tengok Anime. Oh ya, makan !
Umur : 15 tahun (dh makin tua rupanya..)
Cita-cita : -Tiada yang spesifik-
Harapan : Berjaya dalam hidup, mengikut jalan yang benar iaitu jalan menuju ke syurga ^_^

Itu je kut, kalau ada apa-apa lagi. Aku post nanti. Okay, bye-bye! Love ya.. :D