Monday 20 January 2014

Encik Huruf I di depan~

Yo, yo.. Assalamualaikum..!
Hari ni aku nak sambung balik pasal Incik I tu. Ha.. Lepas Husna dah bagitau.. Keesokan harinya, aku pergi sekolah macam biasa... Tapi, Husna tak habis2 cakap psl Encik A dia tu.. Taknak bagi Husna syak yang aku tipu2 je.. Aku pun buat2 lah excited cerita pasal Incik I..

Tapi, semenjak aku ckp yg aku 'suka' Incik I tu.. Of course, aku selalu tengok dia. Kadang2 tu, aku tegur dia.. Tapi, serius, aku talde feeling apa2 pun.. Aku seronok je tengok dia malu2 balas teguran aku.. Macam kelakar...

Then, lepas tu.. My friend, Encik Anuar.. Told me that Incik I SUKA aku! Aku dah macam.. WHAT?! SERIOUSLY?!!!

Kemudian, start dari situ aku pun dah mcm suka kat dialah.. Sebab dia dah lah baik, and senang cakap, dia tu taste aku!

Haha, aku kalau ingat balik kenangan dulu... Kelakar gile..! Aku ingat lagi, waktu tu Cikgu suruh ulangkaji. Aku ngan kawan aku, Amirah. Sembang2 pasal aku kat belakang. Oleh sebab she is one of my best friends, I told her siapa yang aku suka...

Waktu aku duk syok story-mory.. Incik I tiba2 je lalu kat belakang.. Dia jalan sambil baca buku ataupun dia pura2 baca buku je pun aku xtau.. Aku rasa dia saja je kot datang sebab... nak tengok aku?! Haha! Aku ckp camni sebab dia duduk kat area depan.. Area belakang ni banyak perempuan je.. Jadi, kenapa dia nak dtg belakang kalau dia takde urusan apa2 kat belakang..?

Bila dia lalu tu.. Aku cakap dalam hati, 'Tegur dia, tegur dia! Ini je satu2 nya peluang kau!'

Then, aku pun tegur dia, walaupun sebenarnya aku malu.. Aku cakap, 'Hi, Iqmal!'

Lepas tu, dia senyum di sebalik buku tu pastu dia angguk sambil ckp Hi balik kat aku..

Aku and Amirah dah macam.... Hahahaha...! Sweet gilerr...!

Friday 17 January 2014

Ini Tentang Dia..! Shhh..!~

Okay, fikir punya fikir, akhirnya aku decide nk post jugak pasal orang tu. Jap, untuk pengetahuan anda, aku tak couple ya.. Dan, tak pernah lagi couple sampai ke hari ni. Aku tak tipu !

Okay, dah2 pasal tu...

Hurm, cerita dia macam ni... Aku mula2 tu, waktu Form 1, tak suka dia pun. Aku random pick je.. Tapi, siapa sangka perasaan tu jadi kenyataan? Mula tu, first aku masuk kelas, kawan aku ni, Husna. Dia cakap dia nak bagitau aku siapa yang dia suka. Aku pun, apalagi, mestilah nak tahu!

Tapi, dia cakap ada syaratnya.. Aku kena bagitau dulu siapa yang aku suka! Aku dah macam.. ~o_O~

Baru je masuk sekolah wei.. Mana boleh cepat sangat jatuh cinta.. Oleh sebab desperate sgt nak tahu and Makcik Husna tu dok paksa aku, akhirnya aku main pilih je.. Aku nampak Incik I tu.. Aku tgk, muka, boleh tahan! Pandai pulak tu! And, dia pendiam je.. Rasanya kalau aku ckp aku suka dia pun, mesti nothing will happen...

Pastu, aku cakaplah..

Aku : Haa, tu.. Aku suka dia.. Shhh.. Jangan bagitau orang lain tau! <penuh penipuan> (jahatnya aku..)

Husna : Oh yeke.. <tiba2 dia gelak>

Aku : Apesal? <penuh curious> (Dalam hati : Jangan ckp Husna suka dia jugak?)

Husna : Nama dorang hampir samalah..

Aku : Oh, siapa... <Lega>

Husna : Nama dia, *beep*

Aku : Ohhh.....

Okayy.. smpai sini je dulu.. nati bila2 aku update, okay? Muah, sayang korang!~ Saja nak bagi gempak!

Yah00oooo..!~ Pantai, Aku datang..!

Benda ni sebenarnya dah lama. Waktu cuti bulan 12 tahun 2013. Tapi, aku baru nak update hari ni, heh! Aku ada ambil gambar, tapi of course.. Muka aku jelaa yang banyak. Gmbar laut ada, tapi kakak aku taknak bluetooth. Hurm, takpelah...




Haha, comel kan aku? Bluergghhh...!~

Saturday 7 September 2013

APA PUN TAK BOLEH !

Assalamualaikum,

Isy, hari ni, aku geram betul. Ingatkan semua yang aku plan akan berjalan dengan lancar, tapi rupanya. Satu hapak pun tak jadi !  Benarlah kata orang, kita hanya merancang, tetapi Allah SWT yang menentukan...

Semuanya bermula pada pagi yang indah nan damai, burung2 berkicauan penuh riang. Dan, aku, masih terbaring atas katil walaupun dah masuk pukul 6.05 pagi ! Nasib baik mak aku bangunkan aku. Kalau tidak, mesti aku tak bangun punya.

Then, dengan penuh rasa kesal,aku bangun lepas tu mandi. Lepas dah mandi tu, aku siap-siap lah nak pergi sekolah. Aku biasanya tunggu bas pukul 6.35 pagi. Hah, lepas tu aku tunggulah di tempat biasa. Aku sorang2 je sebab kawan aku ramai yang tak pergi sekolah. Well, hari sabtu kan? Mestilah ramai yang tak nak pergi.

Tapi, aku ada sorang kawan aku ni. Dia pun pergi sekolah jugak. So, aku gi lah knock, knock rumah dia. Last2, kami tunggu bas sama-sama. Tunggu punyalah tunggu, abang bas tetap tak sampai2 jugak. Aku dengan Cana(kawan) decide nak tunggu lagi 10 minit. Then, dah pukul 7.35 pagi !

Aku dah baran dah waktu tu. Cana lagilah, habis dikutuknya abang bas. Tapi, memang patut pun dia kena. Mana taknya, abang bas tu dahlah pemalas ! Waktu kita orang suruh dia hantar dan ambil kita orang pada hari sabtu sebab ada sekolah ganti, dia cakap dia ada hal. Hantar je boleh. Punya lah kita orang merayu, dia tetap taknak. Aku tahu itu semua alasan dia je. Selalu macam tu, asalkan suruh hantar je, mesti ada hal. Entah betul ke tidak, aku pun taktau.

Lepas tu, aku dengan Cana setujulah. Kita orang berpakat pergi naik bas, balik naik mak aku. Aku sebenarnya liat sikit nak suruh mak aku ambil. Yalah, perkara yang aku paling tak suka, orang berleter. So, aku fikir dua tiga kali dulu, baru aku beritahu mak aku. Nasib baik mak aku tak berleter panjang. Seriously, nasib baik gila. Kalau tidak, panjang je mak aku membebel. Tapi, marah itu tanda sayang kan?

Then, berbalik kepada cerita asal, aku dah bengang. Cana dah mengamuk. Kita orang last2 decide nak ronda2 naik motor untuk tenangkan fikiran. Kita orang balik rumah jap, tukar baju dan vroom ! Well, kan pagi? Mestilah udara fresh ! Lepas dah ronda, kita org balik rumah masing2.

Aku dah relieve sikit. Tapi, otak aku masih kusut ! Sebenarnya, aku dah janji nak pergi sekolah hari ni. Lepas tu, Aishah nak tumpang rumah aku jap sebab kita org nk gi majlis pertunangan kakak kawan aku ni, Rabyah. Aku fikir, Aishah mesti tengah marah gila. Kalau aku explain, mesti dia kata aku bagi alasan je. Oh my, aku dah naik gila waktu tu.

Aku call Aishah, tapi tak dapat. Dia off telefon dia kut. Aku kata kat diri aku, takpe ! Pergi je majlis tu, kalau Aishah ada, minta maaf kat dia ! Tiba-tiba, mak aku kata tak payah pergi majlis tunang tu. Mak aku cakap, bertunang je pun. Kalau kahwin, baru pergi. Aku dah macam,  WHAT THE?!

So, aku dah banyak buat salah. Aku dah lukakan hati kawan aku. Aku tak patut berjanji dengan dorang.Hisy....

Itu je, Assalamualaikum. :(

Friday 6 September 2013

SEKOLAH GANTI !

Assalamualaikum,

Aduh ! Esok hari sabtu, hari cuti yang dinanti-nantikan oleh semua orang penduduk di Malaysia. Ketika hari sabtu menghampiri, alunan lagu Beethoven sudah mulai kedengaran di telinga. Kaki-kaki yang penat, ingin cepat-cepat diletakkan atas bantal yang empuk ! Tapi, malang bagi sesetengah orang yang kena bekerja dan bersekolah pada hari tu. Macam aku !

Memang malang. Sekolah aku ada buat sekolah ganti esok. Dan, memandangkan aku form 3, aku wajib datang sebab sekolah aku nak buat lonjakan saujana? What the...

Tapi, tak apalah. Sebenarnya, seriously aku malas nak datang. Tapi, atas desakan para guru dan rakan-rakan yang dihormati, aku gagahkan jua diriku yang tidak berdaya ni ! Oh, syahdunya !

Esok dah lah ada kenduri tunang kakak kawan aku. Aduhai, mesti aku penat nanti ! Aishah pun satu, tapi aku tak salahkan dia 100%. Tapi, ah... susah nak cerita. Okaylah, sampai sini je. Aku nak teman kakak aku jumpa kawan dia. Lappy kakak aku kena virus. Isy, isy, kesian..

Okayy, tata. Assalamualaikum !

Aku Masih Baru ^_^

Assalamualaikum,

Nama penuh : Dayang Jaslyn Sofyia bt Abang Zainal Abidin.
Hobi : Baca manga dan tengok Anime. Oh ya, makan !
Umur : 15 tahun (dh makin tua rupanya..)
Cita-cita : -Tiada yang spesifik-
Harapan : Berjaya dalam hidup, mengikut jalan yang benar iaitu jalan menuju ke syurga ^_^

Itu je kut, kalau ada apa-apa lagi. Aku post nanti. Okay, bye-bye! Love ya.. :D