Friday, 6 September 2013

SEKOLAH GANTI !

Assalamualaikum,

Aduh ! Esok hari sabtu, hari cuti yang dinanti-nantikan oleh semua orang penduduk di Malaysia. Ketika hari sabtu menghampiri, alunan lagu Beethoven sudah mulai kedengaran di telinga. Kaki-kaki yang penat, ingin cepat-cepat diletakkan atas bantal yang empuk ! Tapi, malang bagi sesetengah orang yang kena bekerja dan bersekolah pada hari tu. Macam aku !

Memang malang. Sekolah aku ada buat sekolah ganti esok. Dan, memandangkan aku form 3, aku wajib datang sebab sekolah aku nak buat lonjakan saujana? What the...

Tapi, tak apalah. Sebenarnya, seriously aku malas nak datang. Tapi, atas desakan para guru dan rakan-rakan yang dihormati, aku gagahkan jua diriku yang tidak berdaya ni ! Oh, syahdunya !

Esok dah lah ada kenduri tunang kakak kawan aku. Aduhai, mesti aku penat nanti ! Aishah pun satu, tapi aku tak salahkan dia 100%. Tapi, ah... susah nak cerita. Okaylah, sampai sini je. Aku nak teman kakak aku jumpa kawan dia. Lappy kakak aku kena virus. Isy, isy, kesian..

Okayy, tata. Assalamualaikum !

No comments:

Post a Comment